Tips

Pelanggan yang dihormati....

Di sini D'Liza Caterer ingin memberikan beberapa tips untuk pelanggan yang dikasihi:
1. Pengiraan jumlah panggilan tetamu:

    Kad Jemputan x 2.5 x A% = Jumlah tetamu anda

Keadaan A% bergantung kepada beberapa faktor antaranya:

2. Situasi A% = 85%
    a. Ibubapa pengantin masih bekerja
    b. Pengantin dan pasangan bekerja berhampiran dengan majlis yang diadakan dan
        keluarga pasangan bukan orang tempatan
    c. Majlis diadakan dikampung halaman
    d. Saudara mara ramai tinggal dikawasan berhampiran.

3. Situasi A% = 80%
    a. Ibubapa pengantin sudah lama berpencen
    b. Pengantin dan pasangan adalah orang tempatan dan majlis diadakan
       dikedua dua pihak
    c. Majlis diadakan diwaktu musim cuti panjang

Kami sekadar membantu anda supaya tidak berlakunya terlalu banyak lebihan makanan sehingga berlakunya pembaziran dan terlalu berjimat dikuatiri makanan tidak mencukupi dan satu lagi tips yang berkesan....

D'Liza Caterer dah bagi extra 10% menu tambahan....jika tempahan 1000 pax dah 100 pax extra...jadi anda hanya perlu membuat tempahan 900 pax sahaja....kan dah menjimatkan.....

Apa lagi buat tempahan awal pasti anda berpuas hati....jomm tengok  promosi kami......

Tips menjadi tuan rumah ketika majlis perkahwinan:

1. Sambut setiap tetamu dengan wajah manis dan mesra.Ketika bersalaman, renunglah pada mata tetamu dan ucapkan penghargaan atas kehadirannya ke majlis perkahwinan tersebut.


2. Tetamu mesti diiringi ke meja makan oleh petugas majlis kahwin. Petugas yang dimaksudkan bukanlah pelayan dari D'Liza Caterer tetapi ahli jawatankuasa (AJK) khas yang terdiri daripada saudara-mara dan rakan baik tuan rumah.


3. Petugas perlu memastikan tetamu yang diiringi mendapat juadah hidangan dan mempelawa mereka menikmati hidangan tersebut.


4. Maklumkan kepada tetamu sekiranya ruang santai disediakan seperti coffee corner. Tetamu yang rapat dengan tuan rumah semestinya akan meluangkan masa dengan lebih lama di majlis kerana ingin bersembang sesama mereka. Jadi, dengan adanya ruang santai ini, meja makan tetamu dapat dikosongkan bagi memberi peluang kepada tetamu yang baru hadir.


5. Waktu yang terbaik untuk memberi bunga telur atau goodie bag ialah semasa tetamu hendak pulang. Tidak sesuai sekiranya bunga telur tersebut diberi ketika tetamu sedang mengambil makanan atau sedang menjamu selera.


6. Pilihan muzik yang dimainkan ketika majlis perlu sesuai dengan acara dan suasana meriah majlis. Lagu-lagu yang berlirik kekecewaan atau putus cinta tidak perlu dimainkan meskipun ia berirama romantik atau belada.


7. Nada muzik mesti terkawal, tidak terlalu kuat sehingga mengganggu tetamu untuk bersembang dan menjadikan mereka tidak selesa ketika menikmati juadah.


8. Tuan rumah seharusnya pandai mengatur masa ketika menyambut tetamu dan berlegar - legar di sekitar meja-meja tetamu untuk beramah mesra. Perlu diingatkan jangan sesekali menjemput tetamu VIP hingga ke kereta kerana ia akan menyinggung perasaan tetamu anda yang lain.


9. Jumpa dan bersalaman dengan setiap tetamu yang berangkat pulang. Setiap salamnya perlu diiringi senyuman dan ucapan terima kasih kerana kesudian mereka hadir kemajlis anda.